AJAL MAKIN HAMPIR

Monday 27 July 2009

Kelebihan Syaaban

REJAB, Syaaban dan Ramadan dicatatkan oleh As-Syaikh Daud bin as-Syaikh Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Jam*ul-Fawaid sebagai bulan mulia dan terkemuka berbanding bulan lain.

Ketiga-tiga bulan itu mempunyai keistimewaan masing-masing dalam aspek darjat kebesaran dan keberkatan serta nilai sejarahnya.

Rasulullah saw meletakkan Syaaban, di samping Ramadan pada darjat lebih tinggi daripada bulan lain, khususnya untuk Baginda sendiri.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: *Sucikan diri kamu pada Syaaban dan elokkan niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada kamu.*

Mengikut riwayat lain, Rasulullah bersabda yang bermakaud: *Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain, manakala kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada nabi yang lain, dan kelebihan Ramadan daripada bulan lain seperti kelebihan Allah daripada seluruh makhluk.*

Mengikut Aisyah: *Bulan yang paling disayangi Nabi Muhammad ialah Syaaban.*

Rasulullah bersabda kepada sahabat: *Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban?* Jawab sahabat: *Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, ya Rasulallah.* Sabda Baginda: *Sebabnya dalam bulan ini (Syaaban) bercabang-cabang dan amat banyak kebajikan.*

Antara ibadat yang dilakukan Rasulullah pada Syaaban adalah berpuasa.
Baginda bersabda, maksudnya: *Bulan yang dilupai oleh segala manusia ialah bulan antara Rejab dan Ramadan. Bulan inilah (Syaaban) diangkat segala amal manusia dan aku sukacita amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.*

Rasulullah bersabda yang bermaksud: *Siapa berpuasa sehari pada Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya daripada api neraka; dia menjadi kawan kepada Nabi Yusuf dalam syurga dan diberi pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. *Jika dia berpuasa cukup sebulan, akan dipermudahkan dia menghadapi sakaratulmaut, terlepas daripada kegelapan dalam kuburnya, terselamat daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah kemaluannya pada hari kiamat, dan diwajibkan kepadanya syurga.*

Anas pula meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya, apakah puasa yang afdal. Baginda menjawab: *Puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan. Untuk berpuasa Ramadan, sucikanlah diri kamu dengan puasa Syaaban.*

No comments:

Post a Comment