AJAL MAKIN HAMPIR

Sunday 6 December 2009

Ukhuwwah kekal abadi

Salam perjuangan.




Ini gambar nuqaba' dan naqibat yang terlibat dalam menggerakkan Dinamika Halaqah ( Usrah ) di Maktab Mahmud Pokok Sena. Gambar ini diambil ketika Majlis Jamuan dan Perpisahan Jabatan Nuqaba' 2009. Ada beberapa orang lagi yang tiada dalam gambar kerana ada komitmen lain dan tidak dapat hadir ke majlis tersebut.
Ana mewakili warga MMPS mengucapkan jutaan terima kasih kepada antum semua kerana turut serta membantu dalam pembinaan generasi rabbani di MMPS. Semoga Allah bersama kalian dimana jua kalian berada. Selamat berjuang.

Wednesday 25 November 2009

Pemimpin berjiwa rakyat

sekeping gambar yang mampu memberi seribu tafsiran.

manakan dapat pemimpin sebegini...

Saturday 14 November 2009

Kem Bina Sahsiah 2009

maklumat lanjut sila layari http://kembinasahsiah.blogspot.com/

Tuesday 13 October 2009

Hantaran Al-Quran


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Ra'd

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Sunday 13 September 2009

Salam Ramadhan..

Sengaja ana postingkan gambar-gambar program sebulan dua kebelakangan ini untuk diabadikan di dalam blog ini untuk tatapan semua.

Sekitar Forum Perdana Hal Ehwal Islam MMPS

Tajuk : Infaq satu tuntutan

Ahli Panel
1. Prof. Madya Dr Abdul Aziz B. Hanafi
2. Prof. Madya Dato' Baderuddin B. Hj Ahmad
3. Tuan Syeikh Faisol B. Hj Omar
4. Ustaz Md Isa B. Abdul Rahman

Tarikh : 13 Ogos 2009

Ifthor Jamaie' Jabatan Nuqaba' 2009

19 Ramadhan 1430 / 9 September 2009 / Rabu


Ifthor Jamaie BDK & Wacana Ramadhan

Wednesday 12 August 2009

Bulan Ramadhan: Bulan Iman dan Perubahan

Segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam atas pemuka para utusan, nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabat seluruhnya, selanjutnya…
Tidak lama lagi, bahkan beberapa saat lagi akan hadir ditengah kita tamu yang mulia dan bulan yang agung, yang selalu kita nantikan sepanjang tahun, kita nantikan sepanjang hari dan malam, untuk memperbaharui keimanan kita, memperkukuh semangat kita, menguatkan azimah, melepaskan beban keraguan dan kesulitan dunia, membersihkan kotoran-kotoran jiwa dan penyakit hati.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183).
Taqwa kepada Allah adalah tujuan setiap muslim, harapan dari ibadah di bulan yang mulia ini, yang di dalamnya Allah mewajibkan puasa atas umat muslim yang berakal, baligh dan mampu, puasa adalah ibadah yang Allah mengumpulkan ganjaran dan pahalanya di akhirat, dan Allah SWT yang membalasnya langsung ganjarannya, dalam hadits qudsi Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap amalan anak cucu Adam miliknya kecuali puasa, dia adalah milik-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya dengannya”.
Ramadhan adalah bulan Al-Quran, dan Al-Quran adalah dustur (undang-undang) umat yang kekal, barangsiapa berkata dengannya akan benar, barangsiapa yang berhukum dengannya akan adil, barangsiapa yang menyeru kepadanya akan diberikan petunjuk ke jalan yang lurus, dan barangsiapa yang mencari pada selainnya akan disesatkan Allah. Al-Quran adalah seperempat hati, cahaya mata, tali Allah yang kukuh, cahaya yang nyata, para salafus salih banyak berpegang teguh kepadanya sehingga mereka mampu mengisi dunia dengan adil dan rahmat, cahaya dan barakah, adapun umat sekarang banyak yang lepas darinya sehingga Allah memberikan kekuasan kepada mereka atas orang yang paling jahat, menghinakan mereka dan merampas kekayaaan mereka, menjajah negeri mereka dan mengisi dunia dengan kezaliman dan kekejaman.
Ramadhan adalah bulan jihad dan kemenangan
Ramadhan adalah bulan jihad, pengorbanan dan kemenangan, di dalamnya terdapat perang pertama bagi kaum muslimin iaitu perang badar, di dalamnya pula terdapat pelajaran bagi kaum muslimin akan pengorbanan dan fida (mengorbankan jiwa), sehingga Allah menuliskan bagi mereka kemenangan dan keunggulan dalam perang badar, hathin dan Ain Jalut hingga sampai pada perang pada tanggal 10 dari bulan Ramadhan tahun 1393 H yang telah memberikan kemenangan di dalamnya dari pasukan arogan Zionis, selain meningkat cahaya iman, dan bergelora jiwa perajurit kita saat itu saat mereka berpuasa sambil mengumandangkan takbir : “Allahu Akbar… Allahu Akbar…”
Ramadhan juga merupakan bulan kebaikan, ihsan dan infaq di jalan Allah, di dalamnya Allah akan melipat gandakan ganjaran dan pahala… satu kebaikan dilipat gandakan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus ganda, dan Allah berkuasa melipatgandakan ganjaran, dan Rasulullah saw adalah penderma dan dermawan dalam setiap keadaan, dan kedermawan akan meningkat ketika berada pada bulan ramadhan, seakan beliau seperti “angin yang bertiup” selalu memberikan sesuatu seakan tidak takut miskin, dan seharusnya begitulah peranan umat Islam saat ini, orang kaya mahu menginfakkan hartanya untuk para fakir miskin, memenuhi rasa lapar mereka, menutupi tubuh mereka yang telanjang dan mengubati mereka yang sakit, sehingga terwujud gotong royong dan saling menyayangi, memperkukuh hubungan masyarakat dan saling berpegang teguh dalam menghadapi pelbagai kesulitan dan rintangan.
Ramadhan adalah bulan amal, kesungguhan dan ijtihad, bulan pengorbanan, memberi dan himmah aliyah (semangat yang tinggi), di dalamnya menertibkan muslim akan urusan hidupnya sesuai dengan skala prioriti, dan bersungguh-sungguh dalam bekerja; mengharap redha Tuhannya dan bermanfaat untuk umatnya, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan baik dalam menjalin hubungan kepada Allah sehingga tertulis di penghujung bulan yang mulia sebagai orang yang mendapat kemenangan dan keberuntungan, yang mendapatkan keredhaan dari Allah dan memanfaatkan dari bulan ini pelajaran-pelajaran dalam menyusun urusan kehidupan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.
Bulan kebebasan dan perbaikan
Ramadhan adalah bulan kebebasan, kekuatan cita-cita dan perbaikan jiwa manusia, yang menjadi awal langkah perbaikan dan pengukuhan, barangsiapa yang mampu melakukan perbaikan diri maka akan mampu mewujudkan perbaikan dalam medan kehidupan dan kerja. Imam syahid Hasan Al-Banna, pendiri dakwah yang penuh berkah ini, dakwah ikhwanul muslimin – berkata:

“Ladang kalian yang pertama adalah jiwa kalian, jika kalian mampu memenangkannya maka terhadap orang lain akan lebih mampu…”
Seorang muslim yang mampu menguasai jiwa dan syahwatnya, melatih dirinya sepanjang bulan ini dalam memperkukuh cita-cita dan menguasai diri, menguasai keperluan dan tuntutannya…maka akan mampu mewujudkan kekuatan dan prestasi-prestasi.
Bulan ramadhan merupakan salah satu kurnia dari Allah untuk umat ini, dan Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah dalam tiap-tiap hari dari kehidupan kalian ada kurnia, maka berusahalah mengambilnya”.
Iaitu memanfaatkan diri untuk memperkuat iman, memperbaiki diri dan menambah kedekatan kepada Allah SWT; agar menjadi pelaku perbaikan di muka bumi dan memakmurkan dunia, memimpin umat manusia menuju kebaikan dan kebahagiaan.
Bulan ramadhan adalah merupakan kesempatan kita yang selalu dan terus ada sebagai umat yang menginginkan kebaikan dan perubahan, berusaha untuk muncul menuju perbaikan penyimpangan manusia yang selalu menggelorakan kerosakan, penindasan, kekejaman dan kezaliman, mendorong pada kebudayaan kebendaan yang merosakan, menyokong kezaliman dan penjajahan, menyebarkan kerosakan, kehancuran dan peperangan, menuju peradaban manusia yang mulia, kehidupan yang dipenuhi dengan iman, tauhid dan keadilan.
Betapa kita, individu dan umat, perlu untuk memanfaatkan pelajaran-pelajaran dari bulan Ramadhan untuk memperbaiki kehidupan kita, mengembalikan skala prioriti yang akan kita lakukan, menghadirkan tauladan dunia yang baru, mengembalikan dunia pada kebenaran, kerana kita memiliki segala jalan-jalan kebangkitan, seluruh dasar-dasar kemajuan dan kemenangan atas kelamahan dan kehinaan, umat yang selalu baik dalam melakukan puasa dan qiyam, rukuk dan sujud di hadapan Tuhannya, umat yang tidak akan kalah selamanya sementara kemenangan selalu menyertainya.
Kepada kaum muslimin…
Saya sampaikan kepada seluruh umat Islam di mana saja mereka berada, khususnya kepada para ikhwan, anak-anak dan cucu-cucu yang memiliki intisab kepada dakwah ikhwanul muslimin: Bahawa bulan ramadhan kesempatan yang sangat berharga untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka dari itu pergunakanlah dengan sebaik-baiknya dan manfaatkanlah waktu-waktunya dari pelajaran-pelajaran dalam menguatkan keimanan, dan memperbaharui baiat kepada Allah, memenuhi janji kepada agama kita, ikhlas untuk umat dan mampu melakukan perubahan, perbaikan dan nasihat semampu, lakukan dijalannya, marilah kita beramal, berjuang dan berkorban,

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (Ali Imran : 133)
Adapun para ikhwah kita yang dikasihi yang berada di balik jeruji besi dan yang ditangkap…saya memohon kepada Allah agar dilepas dari kezaliman, dikembalikan kepada keluarga mereka dengan selamat dan tidak kekurangan suatu apapun, menerima kesabaran, ketsabatan dan jihad mereka, dan memberikan umat dengan kebebasan dan keadilan, mengangkat musibah, kezaliman dan tekanan.
Semoga kebaikan selalu mengiringi kalian sepanjang tahun…
“ Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf : 21)
Segala puji hanya milik Allah dari pertama dan akhir… dan salawat dan salam kepada nabi Muhammad saw beserta keluarga dan sahabat. Amin.

DR. Muhammad Mahdi Akif / 8 Ramadhan 1428 H

Monday 10 August 2009

Kumpulan Yahudi bina tugu Heikal Sulaiman dekat Masjidil Aqsa.


Isnin, 10/08/2009 – Beberapa kumpulan Yahudi disertai oleh beberapa rabi dan pengikut sebuah biara Yahudi membina sebuah tugu besar bagi Heikal Sulaiman di atas binaan sebuah kuil Taurat yang baru berdekatan dengan Masjidil Aqsa di bandar al-Quds.


Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan pada hari Khamis (6/8) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa tugu Zionis itu terletak hanya beberapa meter sahaja daripada Masjidil Aqsa dan dinding al-Buraq dari sebelah Barat. Ia juga menganjur ke arah masjid tersebut secara jelas dan seolah-olah disengajakan.

Yayasan itu juga menarik perhatian bahawa bangunan baru itu digunakan sebagai pusat lawatan bagi para pelawat dan orang ramai untuk menghubungkan mereka dengan apa yang dinamakan sebagai ‘heikal’ (kuil) Sulaiman dengan menganggap bahawa tugu itu sebagai satu lagi langkah yang dilakukan oleh beberapa kumpulan Yahudi untuk menyegerakan pembinaan heikal ketiga yang didakwa wujud di bawah Masjidil Aqsa yang diberkati itu.

sumber : http://www.palestin e-info.info/ ar/

Saturday 1 August 2009

Doa kami....

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!

Monday 27 July 2009

Kalimah sihir Obama

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)

Telah banyak yang diulas tentang ucapan Presiden Barack Obama di Kaherah pada 4 Jun 2009 lalu. Ramai yang memuji ucapan beliau yang ditujukan kepada dunia Islam. Kelihatannya mahu memperbaiki hubungan AS dengan dunia Arab dan Islam seluruhnya. Saya membaca teks penuh ucapannya itu beberapa kali, malah berulang kali pada beberapa titik penting.

Kemudian tahulah saya bahawa ucapan ini hanyalah ‘kalimah sihir’ yang memperdayakan. Bahkan lebih hebat lagi, ianya dimulakan dengan ucapan salam dan diselitkan petikan ayat-ayat al-Quran.

Apabila Obama bercakap tentang latar belakang hidupnya yang dekat dengan komuniti Islam, memuji sejarah peradaban Islam serta jasanya kepada dunia Barat, mengiktiraf sumbangan masyarakat muslim sepanjang sejarah Amerika Syarikat sendiri, malah beliau menegaskan pentadbiran AS juga mempertahankan hak-hak muslim di negara itu, mungkin ramai yang tersentuh dengan keluhuran bicaranya.

Kata Obama, “Saya menjelaskan bahawa Amerika tidak dan sekali-kali tidak akan memerangi Islam.” Ternyata Obama mahu memulihkan imej AS yang sudah hodoh di mata umat Islam akibat serangannya terhadap Afghanistan dan Iraq serta bantuan berterusan kepada pentadbiran Israel termasuklah serangan terakhir ke atas Gaza .

Kata-kata yang indah diteruskan lagi dan lagi dan lagi.. sehinggalah bagi orang-orang yang berakal sahaja dapat menghidu bahawa ucapan Obama ini sebenarnya membawa mesej yang sama dengan pentadbiran Bush yang terdahulu.

Cuma pada kali ini, cara penyampaiannya berbeza, seolah-olah ianya menepati ajaran Islam dan mementingkan maslahah dunia Islam.

Obama menjustifikasikan peristiwa 11 September 2001 untuk mengharuskan serangan di Afghanistan. Kata Obama, “Kami tidak punya pilihan, kami pergi kerana terpaksa. Saya sedar masih ada yang mempertikaikan atau malah mewajarkan serangan 9/11. Tetapi kita perlu jelas, Al-Qaeda telah membunuh hampir 3000 orang pada hari itu.”

Obama menghiasi ucapannya dengan petikan ayat al-Quran: “dan sesiapa yang membunuh satu nyawa bukan kerana ia membunuh orang lain, atau membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan sesiapa yang memelihara satu nyawa, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah: 32)

Obama mungkin tidak sedar, ramai rakyat AS sendiri sudah menafikan kaitan serangan itu dengan al-Qaeda atau mana-mana kumpulan muslim, malah banyak hujah dan bukti yang menunjukkan serangan tersebut sudah dirancang oleh AS sendiri untuk memulakan perang ke atas Afghanistan kerana kekayaan sumber gas asli dan serangan terhadap Iraq bagi menjaga kepentingan Israel, mengaut kekayaan minyak dan menamatkan riwayat hidup Saddam yang dilihat sudah tidak berfungsi lagi menurut kepentingan AS.

Micheal Moore, seorang pengarah dokumentari bebas telah memenangi anugerah filem terbaik Cannes Film Festival (2004) dengan pendedahannya melalui filem Fahrenheit 9/11. Seorang anak muda, Dylan Avery telah menafikan penglibatan Osama bin Laden dan al-Qaeda dengan bukti-bukti yang terlalu jelas dalam Loose Change 2nd Edition.

Bagaimanapun, Obama mengakui kesilapan AS dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq. Menurut Obama, serangan di Iraq adalah berbeza kerana ia dilakukan dengan pilihan dan beliau bersetuju isu di Iraq telah mengundang pertentangan dalam AS sendiri dan masyarakat antarabangsa.

Obama juga mengakui kehadiran tentera AS tidak diperlukan lagi di kedua-dua negara itu. Katanya tentera AS akan berundur sepenuhnya pada 2012 (mengapa lama sangat?).

Kerana itu saya tidak berminat mengulas lanjut tentang itu. Sebenarnya saya memerlukan ruang yang lebih banyak untuk menghuraikan satu-persatu kalimah sihir Obama ini.

Pada kali ini, cukuplah saya memetik kata-kata beliau mengenai isu Palestin. Kata Obama, “Hubungan kuat Amerika dan Israel sudah diketahui umum. Hubungan ini tidak dapat dirungkaikan. Ianya berasaskan ikatan budaya dan sejarah serta pengiktirafan bahawa aspirasi untuk (mewujudkan) tanahair bangsa Yahudi yang bersusur galur daripada sejarah tragik tidak dapat dinafikan.”

Kemudian Obama berbicara tentang peristiwa Holocoust di mana 6 juta orang Yahudi terbunuh dan anti-semitic di Eropah yang membawa kepada keperluan wujudnya sebuah negara Israel di bumi Palestin pada ketika ini.

Namun begitu menurutnya, rakyat Palestin dari kalangan Muslim dan Kristian juga turut menderita selama 60 tahun akibat pendudukan Yahudi di bumi suci itu.

Kata Obama, “Jangan ada keraguan, situasi yang berlaku pada rakyat Palestin tidak boleh diterima. Amerika tidak akan membelakangi hak aspirasi orang Palestin untuk mendapatkan kehormatan, kesempatan dan negara mereka sendiri.”

Tidakkah Obama sedar, tindakan AS menyokong Israel dan polisi negara haram itu adalah sangat bertentangan dengan ucapan beliau di atas? Adakah tindakan AS yang membantu ketenteraan Israel termasuklah serangan terakhir yang dilancarkan terhadap Gaza juga sangat bertentangan dengan ucapan ini?

Ucapan ini bukan baru, Clinton dan Bush juga pernah berbicara dengan nada yang sama. Cuma ucapan Obama lebih berkesan sihirnya.

Kata Obama lagi, “Penyelesaian yang ada ialah aspirasi kedua-dua negara harus ditemukan, di mana rakyat Israel dan Palestin masing-masing hidup dalam aman damai.”

Sudah lebih 60 tahun AS memejamkan mata daripada pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh regim Zionis demi meluaskan wilayah Israel. Walaupun dari segi politiknya, rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat memiliki kurang 20% dari keseluruhan bumi Palestin, namun hakikatnya mereka langsung tidak berkuasa dalam wilayah mereka.

Dalam keadaan ini adakah layak bagi Obama untuk mencadangkan supaya rakyat Palestin dan Israel mesti hidup bersama dengan aman damai?

Ini lebih jelas lagi, apabila Obama bercakap tentang keganasan. Katanya, “Rakyat Palestin mesti menolak keganasan. Penentangan melalui keganasan dan pembunuhan adalah satu kesalahan dan ia tidak akan berjaya.”

Semua mengetahui bahawa ucapan ini ditujukan kepada HAMAS. Menurut Obama, kaum hamba kulit hitam di Amerika yang ditindas tidak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan hak mereka. Tetapi beliau lupa, kemerdekaan Amerika Syarikat dari British pada 4 Julai 1776 juga dicapai melalui peperangan dan kekerasan. Mengapa Obama mesti mempertikaikan perjuangan rakyat Palestin menghalau penjajah Zionis dengan kekerasan?

Obama mengulas, tindakan melancarkan roket kepada kanak-kanak yang sedang tidur atau meletupkan wanita tua di dalam bas bukanlah tindakan yang berani. Tidakkah beliau terfikir bagaimana kanak-kanak dan wanita Palestin dibunuh di jalanan juga bukan satu tindakan yang bermoral? Tetapi, bukankah sebelum ini beliau menyatakan simpati kepada nasib rakyat Palestin? Benar, begitulah kalimah sihir.

Kata Obama, “HAMAS memiliki sokongan dari kalangan rakyat Palestin, tetapi mereka juga perlu mengakui mereka mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan memenuhi impian rakyat Palestin, menyatukan mereka, HAMAS mesti mengakhiri keganasan, mengiktiraf perjanjian-perjanji an terdahulu, mengiktiraf hak kewujudan Israel.”

Sekali lagi, Obama menegaskan sebagaimana hak kewujudan Israel tidak boleh dinafikan, begitu juga dengan Palestin. Beliau menolak pendudukan Israel yang terus meluaskan wilayahnya. Kerana tindakan ini melanggar perjanjian-perjanji an sebelum ini untuk mencapai keamanan.

Jika begitu, maka jelaslah bukan HAMAS yang melanggar perjanjian. Mereka hanya mempertahankan nyawa dan kehormatan mereka. Kata Obama lagi, “Krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza tidak membantu keselamatan Israel..”

Obama perlu sedar, polisi luar dan bantuan ketenteraan AS juga yang menyebabkan krisis ini berterusan. Menurut beliau, “Terlalu banyak airmata dan darah yang telah tumpah.”

Obama mencadangkan bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk bersama melihat ibu-ibu di Israel dan Palestin boleh melihat anak-anak mereka membesar tanpa perasaan takut. Katanya, “Apabila Jerusalem menjadi tanahair yang selamat untuk kaum Yahudi, Kristian dan Muslim.. serta tempat untuk semua keturunan Nabi Ibrahim hidup aman damai sebagaimana dalam peristiwa Israk – di mana Nabi Musa, Isa dan Muhammad bersama-sama dalam solat.”

Satu impian yang menarik disebut oleh Presiden Obama, tetapi beliau perlu ingat polisi AS menyokong dan mempertahankan kota Jerusalem (al-Quds) menjadi ibu negara bagi Israel, sekaligus menafikan hak rakyat Palestin padanya. Bagaimana umat Islam di kota itu ditindas dan ditekan malah dihalau keluar secara halus dan sistematik. Masjid suci al-Aqsa al-Mubarak juga terus menghadapi ancaman untuk dirobohkan.

Semua ini adalah persoalan utama yang mesti difikirkan oleh Obama sebelum mengeluarkan kata-kata sihir yang indah itu.

Majalah pro-HAMAS, Filisteen AlMuslima, keluaran Julai 2009 (hal.46-47), mendedahkan bahawa ucapan Obama itu disampaikan di Kaherah setelah beberapa perjumpaan dibuat di Washington antara Raja Jordan - Abdullah II, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Israel Benjamin Nentahayu dan lain-lain.

Maka lahirlah ucapan yang menarik dan penuh sihir itu. Mesej yang tersembunyi masih sama seperti polisi AS-Israel sebelum ini. Nasib rakyat Palestin tidak akan berubah melainkan dengan cara yang telah ditulis di sisi Allah S.W.T.
p/s - petikan harakah-fikrah 17=19 Julai 2009

Kenangan itu catatan amalan

Menyingkap kembali ingatan pada tahun lepas 2008 ketika aku mula berkhidmat untuk anak bangsa. Mula belajar erti memberi, mula belajar erti mendidik, mula belajar erti membentuk dan erti-erti lain yang banyak lagi mesti aku pelajari. Gambar-gambar ini sengaja aku abadikan disini untuk tatapan mereka-mereka yang sudah meninggalkan MMPS agar jangan melupakan generasi pelapis yang sudah tentu mewarisi kerja buat abang-abang dan kakak terdahulu.


Sudah tentu kenangan berHalaqah bersama kalian takkan dilupakan terutama Hasyim, Hakimi, Masykur, Syamir dan lain-lain.


Gambar-gambar ini dirakam ketika Qiam Ukhuwwah '08.
p/s - Yang nak ke Ardhil Kinanah : Selamat berjuang bermati-matian kerana Allah!!!

Kelebihan Syaaban

REJAB, Syaaban dan Ramadan dicatatkan oleh As-Syaikh Daud bin as-Syaikh Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Jam*ul-Fawaid sebagai bulan mulia dan terkemuka berbanding bulan lain.

Ketiga-tiga bulan itu mempunyai keistimewaan masing-masing dalam aspek darjat kebesaran dan keberkatan serta nilai sejarahnya.

Rasulullah saw meletakkan Syaaban, di samping Ramadan pada darjat lebih tinggi daripada bulan lain, khususnya untuk Baginda sendiri.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: *Sucikan diri kamu pada Syaaban dan elokkan niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada kamu.*

Mengikut riwayat lain, Rasulullah bersabda yang bermakaud: *Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain, manakala kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada nabi yang lain, dan kelebihan Ramadan daripada bulan lain seperti kelebihan Allah daripada seluruh makhluk.*

Mengikut Aisyah: *Bulan yang paling disayangi Nabi Muhammad ialah Syaaban.*

Rasulullah bersabda kepada sahabat: *Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban?* Jawab sahabat: *Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, ya Rasulallah.* Sabda Baginda: *Sebabnya dalam bulan ini (Syaaban) bercabang-cabang dan amat banyak kebajikan.*

Antara ibadat yang dilakukan Rasulullah pada Syaaban adalah berpuasa.
Baginda bersabda, maksudnya: *Bulan yang dilupai oleh segala manusia ialah bulan antara Rejab dan Ramadan. Bulan inilah (Syaaban) diangkat segala amal manusia dan aku sukacita amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.*

Rasulullah bersabda yang bermaksud: *Siapa berpuasa sehari pada Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya daripada api neraka; dia menjadi kawan kepada Nabi Yusuf dalam syurga dan diberi pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. *Jika dia berpuasa cukup sebulan, akan dipermudahkan dia menghadapi sakaratulmaut, terlepas daripada kegelapan dalam kuburnya, terselamat daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah kemaluannya pada hari kiamat, dan diwajibkan kepadanya syurga.*

Anas pula meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya, apakah puasa yang afdal. Baginda menjawab: *Puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan. Untuk berpuasa Ramadan, sucikanlah diri kamu dengan puasa Syaaban.*